Tuesday, January 12, 2010

Ronda-ronda...University of Birmingham.....



Rumah sewa aku di Selly Oak memang sangat hampir dengan University Of Birmingham tempat wife aku belajar sekarang ni....sepecially, kawasan rumah aku ni.....mostly student yang menyewa.....cuma harganya sedikit mahal pasal lokasi memang strategic...walking distance je ke university, dekat dengan mosque (Bangladeshi mosque lah), dekat dengan Selly Oak local centre dan train station.



University of Birmingham termasuk antara universiti yang tua juga di UK ni...ia dibina lebih dari seratus tahun.....kebanyakannya terdiri dari bangunan-bangunannya lama ...tapi ada juga bangunan hostel dan fakulti yang mempunyai bangunan baru since studentpun bertambah ramai especially untuk menampung ramai pelajar luar negara di sini.

Student Melayu yang buat post graduate kat sini pun agak ramai..rasanya lebih dari 50 orang... jumlah itu tidak termasuk student-student undergraduate...... student melayu kat sini ada persatuan..so kebanyakannya aku kenal pasal banyak program dan majlis dianjurkan oleh mereka ni.......kebanyakan student post graduate adalah mereka yang yang bekerja...mostly tenaga pengajar dari dari IPTA dan pegawai-pegawai dari JPA... mana-mana yang dah berkeluarga tu..akan bawak semua family ke sini.....yelah depa dapat elaun..walaupun tidak mewah tapi cukuplah untuk menyara hidup!



Selalu juga aktiviti-aktiviti persatuan dan majlis yang dianjurkan MCIB (Malaysian Community in Birmingham) dibuat di dewan dalam kawasan universiti ini...lagipun ada disediakan tempat berwuduk... solat jumaat juga diadakan....pelajar muslim memang ramai disini especially dari Asia barat....

Komuniti melayu di Birmingham ni agak ramai juga....rasanya lebih dari 500 orang yang join persatuan ni.....figure ni termasuklah student-student, depa yang kerja dan dah menetap lama kat UK ni....tapi ada juga yang buat hal sendiri-sendiri tak pernah join sebarang program yang persatuan anjurkan....







Biasanya...kalau ada sambutan Majlis Hari Raya tu....penuhlah satu dewan...masa tu dapat tengoklah...betapa ramainya orang melayu dok luar negara........ni kat Birmingham saja.....cuba bayangkan... berapa banyak gomen dah laburkan duit untuk bangsa kita sambung belajar demi meningkatkan sistem pendidikan di negara kita.....ewah!..nanti orang kata aku pro BN pulak...aku tak pro mana-mana parti...cuma dari pandangan seorang yang berkecuali....

Kat sini sempatlah aku meronda dalam kawasan Universiti ni....ambil-ambil gambar anak-anak sementara tunggu wife aku siapkan kerja dia kat Fakulti Kejuruteraan Awan....

Kawasan Universiti ni memang luas...macam-macam ada....lagipun amat mudah ke sini....ada train station...ada bus awam.....biasalah universiti kat UK ni memang ramai student luar negara.....kita pun bebas boleh keluar masuk..bukan macam kat Malaya....siap ada post guard lagi dok jaga pintu......publicpun takut nak masuk tengok-tengok kawasan universiti!



No comments:

Post a Comment